Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang . Dia amat suka membaca novel dan buku cerita . Pada suatu hari , dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya . Tertulis di situ : " Syanie , ikhlas dan perlukan sahabat . "
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu . Setelah pulang ke rumah , jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu . Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka .
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan . Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang . Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka . Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis . Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing , tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati .
Pada suatu hari , si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang . Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya . Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi , " kalau Allah panjangkan jodoh kita , dan andai kamu masih sayang padaku , kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti . Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah . Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah . Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku . "
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu ~
Beberapa bulan kemudian ~
Pada hari pengumuman perang tamat , si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya . Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya .
Tiba-tiba , si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi , sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang . Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah . Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah . Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya , namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut .
" Syanie ? "
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria . Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata , " aku amat merinduimu . Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku . Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu . " kata jejaka itu .
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata , " Aku tidak tahu apa yang terjadi . Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi . Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu . "
<<---------- THE END ------------>>
P/S : Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini ? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa . Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Syanie . Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu pada zaman sekarang ini ? pkir kan laa ~ HAHA !
No comments:
Post a Comment